ASSALAMUALAIKUM
Semua,Pertama sekali saya ni orang baru di dunia blogger,hehe.Baru
berjinak-jinak main blog.Di sini saya ingin menceritakan pengalaman menarik
yang saya lalui sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lipis ke Kuantan.Saya
belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuantan,yang mengambil masa
selama 3 tahun untuk saya menamatkan pengajian.Saya membawa motorsikal untuk
memudahkan saya pergi ke kelas.Dengan motorsikal 135 LC ini lah yang saya bawa
untuk balik ke kampung saya di kuala lipis atau balik ke Kuantan.
First,macam
biasa lah.saya perlu melalui jalan ke bandar K.Lipis untuk menuju ke
Jerantut,kemudian menempuh kampung Kerambit,Mela dan sebagainya.Kemudian sampai
di Jerantut perlu melalui kampung Pulau Tawar yang merupakan kampung seorang
tokoh pahlawan bagi negeri Pahang iaitu MAT KILAU.Di sini juga terdapat Galeri
Mat Kilau dibina sebagai tarikan pelancong dan sebagai medium untuk menceritan
kisah perjuangan pahlawan tersebut.Apabila sampai sahaja di kampung Pulau
Tawar,satu perkara yang aneh dan mempersonakan saya ialah terdapat sebuah pulau
di sungai kampung tersebut.Permandangan tersebut sungguh menarik perhatian saya
lalu saya berfikir sejenak,indah sungguh kejadian Tuhan ini.Dimana ada sebuah
pulau di kawasan air tawar,mungkin dengan perkara ini kampung tersebut mendapat
nama.Tak pasti la tu,kena Tanya rakyat tempatan di sana la untuk kepastian.
Selepas
melalui kampung Pulau Tawar,maka sampai la saya di simpang Jengka.Saya berehat
sebentar di shell di kawasan tersebut sambil mengisi petrol pada motorsikal
saya.Selepas itu saya meneruskan perjalanan melalui Maran,perjalanan hendak ke
Maran sangat mencabar kerana saya terpaksa melalui jalan yang
sempit,berliku-liku dan dikelilingi oleh hutan dan kawasan kelapa sawit,Apabila
melalui kawasan ini,tidak pelik apabila semasa tengah menungang motorsikal
tiba-tiba Biawak,Ular melintas atau
berada di tengah jalan.Pengalaman ini sungguh menakutkan saya,Mana tak nya.Tengah
syok layan corner tiba-tiba ada binatang di jalan raya,dah la bintang tersebut
merbahaya serta mengelikan pulak tu,selepas melalui kawasan tersebut,saya
berhenti sebentar di Kuala Sentul untuk menunggu seorang kawan saya yang
menetap di Jengka 3.Kami akan sentiasa balik bersama ke Kuantan lagipon searah
perjalanan kami nak ke Kuantan.Nama nya Rizwan sama kelas dengan ku.
Seterusnya
kami meneruskan perjalanan menuju ke Maran dan berehat sebentar di SHELL
Maran,tempat famous ni,hehehe.Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke
Gambang.Di sini kami di uji dengan keadaan cuaca yang tidak digemari oleh penungang
motorsikal iaitu hujan lebat.Semasa melalui Gambang,kami terpaksa mengharung
hujan yang lebat semasa menungang motorsikal,hujan terlampau lebat membuatkan
saya agak samar-samar dengan keadaan jalan di hadapan,saya dan rizwan menungang
dalam keadaan perlahan kerana ingin mengelakkan perkara buruk berlaku.Kami
tidak berhenti di mana-mana tempat berteduh ,lagipon kami sudah basah
kuyup,takperlu nak berlindung kot.hehehe.Perasaan gembira apabila sampai sahaja
di sempadan Kuatan hujan sudah pon reda,kami boleh menungang dengan kelajuan
yang ideal semula.Semasa dalam perjalanan ke Kuantan tiba-tiba bearing
motorsikal kawan saya pecah,dengan ini perjalanan kami terhenti seketika dan
kami perlu mencari bengkel motorsikal yang berdekatan,dengan menungang secara
perlahan kami berhenti di salah satu bengkel berdekatan .Selepas membaiki
kerosakan tersebut kami meneruskan perjalanan dan akhirnya kami sampai ke rumah
sewa saya.Perjalanan ketika itu mengambil masa dalam 6 jam perjalanan,kebiasaan
nya mengambil masa dalam 4 jam sahaja.Ini lah kisah pengalaman yang bercampur
dari ku,gembira,takut, dan macam-macam lagilah.Setakat ini sahaja cerita yang
saya konsikan.Nantikan post-post terbaru saya ye. J PEACE. .
terbaikk laaa bro .good job!!!
BalasPadamTERIMA KASIH KAWAN. . HEHEHE
BalasPadam