Assalamualaikum,hehe.Berjumpa lagi kita ye. .OK,artikel kali ini saya nak cerita pengalaman saya pergi sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka,ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini untuk merasai sendiri macam mana suasana dan perasaan apabila berada di sana.ALHAMDULILLAH,saya berjaya pergi ke sana menaiki bas dari Kuantan ke Kuala lumpur di temani oleh rakan-rakan saya iaitu Nazim,Mazlan,Eirzan,Azim yang memberi sokongan kepada saya untuk pergi bersama,saya amat berterima kasih kepada mereka kerana ingin menemani saya pergi ke Dataran Merdeka walaupon terpaksa berhabis duit untuk kesana. .OK.kami bertolak dari Kuantan menaiki bas pada pukul 1 pagi ,sampai ke TBS dalam pukul 4 setengah lebih kurang la,berehat di surau dan menunaikan solat subuh berjemaah,selepas itu kami perkemaskan diri dan makan .Tepat jam 7 setengah kami menaiki LRT untuk menuju ke Dataran Merdeka,sampai sahaja disana aura kemerdekaan itu sudah dapat dirasai,FUHH. .punya la ramai orang di sana,berasak-asak orang ramai untuk mendapatkan tempat yang selesa,ketika itu,hanya Tuhan sahaja lah yang tahu bertapa panas,rimas nya kerana terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan tempat yang selesa.Akhirnya kami dapat tempat yang selesa untuk melihat pancaragam,pertunjukkan dari POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM),dan perarakan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA yang mempamerkan kelengkapan aset tempur mereka.
Berselfie dengan abang askar. .hehehe
Suasana di Dataran Merdeka
Perasaan
ketika itu sangat mengujakan apabila laungan MERDEKA serta lagu NEGARAKU
dimainkan.Meremang bulu roma ketika itu apabila orang ramai menyanyikan lagu
NEGARAKU dengan kuat dan bersemangat,serta
laungan Merdeka .Dah macam berada pada tahun 57 pulak.hehe.Banyak perarakan
kali ini turut serta menjayakan sambutan
kemerdekaan antaranya,Wira-wira olimpik Rio Negara kita pon ada,Boboiboy,pertunjukkan
udara dari pesawat TUDM dan lain lagi.Banyak juga la gambar boleh diambil
ketika saya berada di sana,Almaklum lah first time pergi Dataran Merdeka,haha.
.
Boboiboy
Perbarisan ketika di dataran
Atlet negara kita
Selepas
habis pertunjukkan di Dataran Merdeka ,kami pergi melawat Pasar Seni yang
berdekatan di dataran,yang mana suka pada barang-barang antik patut la pergi ke
sini.Barang-barang lama,keris dan lain-lain.Selepas habis kami ronda
pasar seni,kami pergi ke KLCC dan makan di situ,Saja pergi sini sebab nak ambil
gambar,hehe.dah lama tak pergi ke sini last pergi pon masa rombongan sekolah
je. .Selepas makan kami pulang menaiki LRT Dan BAS pada pukul 5 setengah petang dan
sampai ke Kuantan dalam pukul 9 malam lebih kurang. .
Kawan-kawan saya yang menemani saya ke Dataran Merdeka
Kami berada di Pasar Seni
Bergambar di menara KLCC
Style tak gambar ni.??.hehehe
Pengalaman ini tidak akan saya lupakan kerana ini lah kali pertama saya
menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dan menyambut hari kebangsaan di sini ,dan
perjalanan balik hari merupakan pengalaman yang sangat sukar dilupai kerana
membuatkan kami keletihan dah la
keesokan hari nya ada dua subjek yang
melakukan test.Tapi itulah risiko yang kami ambil.Sekian dahulu cerita
saya.Nantikan cerita-cerita lain pula ye. . hehe.bai.ASSALAMUALAIKUM. . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan