Rabu, 21 September 2016

KERAMBIT/ KARAMBIT


  Kerambit

Kerambit merupakan senjata kecil yang sangat  merbahaya ,senjata ini sangat popular di kawasan  Nusantara khususnya pada zaman dahulu.Kini senjata ini telah popular di  merata-rata tempat seperti eropah dan  lain lagi.Bahkan  senjata  ini  sudah pon mendapat tempat  di kalangan sebahagian tentera elit di seluruh dunia sebagai senjata alternative selain senjata api.Secara fizikal nya senjata ini ia berbentuk seperti kuku harimau,melengkung bukan lurus seperti pisau combat yang lain.

Cara hendak menggunakan senjata ini mengikut penguruan atau seni beladiri masing-masing sebagai contoh Seni Silat atau Kali di Filipina banyak mengajarkan teknik berkerambit.Tetapi ada juga Persatuan Seni Silat yang langsung tidak menggunakan  atau mengajar teknik berkerambit.Bilah yang kecil dan melengkung ini memudahkan seseorang untuk membawa senjata ini kemana-mana tanpa disedari oleh pihak musuh,dengan ini akan membuatkan senjata ini menjadi igauan musuh .Pada zaman dahulu senjata ini kebanyakkan nya di selit di sanggul rambut wanita atau bengkung di pinggang oleh pesilat atau tentera yang ingin berperang.




Mengikut penguruan yang saya pelajari.Bilah yang agak melengkung itu memudahkan untuk pegendali kerambit untuk memotong sendi-sendi yang ada pada musuh apabila sedang berkelahi,pinggang,leher,belakang lutut,pelipat lengan akan selalu di target oleh pegendali kerambit kerana tempat tersebut merupakan titik lemah manusia, dengan memotong,menghiris tempat tersebut mampu melumpuhkan pergerakan pihak musuh .Pada senjata ini terdapat lubang untuk dimasukkan jari ,dengan ini membuatkan senjata ini sukar untuk dirampas dari tangan  pegendali kerambit.Selain itu,ada sesetengah Perguruan yang mengajar teknik memusing-musingkan kerambit ,ianya memudahkan pengendali menggunakan ketiga-tiga bahagian bilah yang ada pada senjata ini,seperti di bahagian atas,bawah dan tengah .Tetapi perlu diingatkan,untuk megendalikan senjata ini bukan mudah,mereka yang sudah dilatih sahaja mampu menggunakan senjata ini dengan sebaiknya,jikalau tidak mahir dengan menggunakan senjata ini ,ianya mampu mambaham diri sendiri apabila menggunakan senjata ini.Sekian dahulu cerita tentang kerambit.Nantikan artikel2 senjata lain pula ye.Assalamualaikum. . J



Jumaat, 2 September 2016

Dataran Merdeka

Assalamualaikum,hehe.Berjumpa lagi kita ye. .OK,artikel kali ini saya nak cerita pengalaman saya pergi sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka,ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini untuk merasai sendiri macam mana suasana dan perasaan apabila berada di sana.ALHAMDULILLAH,saya berjaya pergi ke sana menaiki bas dari Kuantan ke Kuala lumpur di temani oleh rakan-rakan saya iaitu Nazim,Mazlan,Eirzan,Azim yang memberi sokongan kepada saya untuk pergi bersama,saya amat berterima kasih kepada mereka kerana ingin menemani saya pergi ke Dataran Merdeka walaupon terpaksa berhabis duit untuk kesana. .OK.kami bertolak dari Kuantan menaiki bas pada pukul 1 pagi ,sampai ke TBS dalam pukul 4 setengah lebih kurang la,berehat di surau dan menunaikan solat subuh berjemaah,selepas itu kami perkemaskan diri dan makan .Tepat jam 7 setengah kami menaiki LRT untuk menuju ke Dataran Merdeka,sampai sahaja disana aura kemerdekaan itu sudah dapat dirasai,FUHH. .punya la ramai orang di sana,berasak-asak orang ramai untuk mendapatkan tempat yang selesa,ketika itu,hanya Tuhan sahaja lah yang tahu bertapa panas,rimas nya kerana terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan tempat yang selesa.Akhirnya kami dapat tempat yang selesa untuk melihat pancaragam,pertunjukkan dari POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM),dan perarakan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA yang mempamerkan kelengkapan aset tempur mereka.

                                               
                                               Berselfie dengan abang askar. .hehehe



Suasana di Dataran Merdeka


Perasaan ketika itu sangat mengujakan apabila laungan MERDEKA serta lagu NEGARAKU dimainkan.Meremang bulu roma ketika itu apabila orang ramai menyanyikan lagu NEGARAKU  dengan kuat dan bersemangat,serta laungan Merdeka .Dah macam berada pada tahun 57 pulak.hehe.Banyak perarakan kali ini turut serta  menjayakan sambutan kemerdekaan antaranya,Wira-wira olimpik Rio Negara kita pon ada,Boboiboy,pertunjukkan udara dari pesawat TUDM dan lain lagi.Banyak juga la gambar boleh diambil ketika saya berada di sana,Almaklum lah first time pergi Dataran Merdeka,haha. .

                                                                     
                                                                        Boboiboy







Perbarisan ketika di dataran


Atlet negara kita


Selepas habis pertunjukkan di Dataran Merdeka ,kami pergi melawat Pasar Seni yang berdekatan di dataran,yang mana suka pada barang-barang antik patut la pergi ke sini.Barang-barang lama,keris dan lain-lain.Selepas habis kami ronda pasar seni,kami pergi ke KLCC dan makan di situ,Saja pergi sini sebab nak ambil gambar,hehe.dah lama tak pergi ke sini last pergi pon masa rombongan sekolah je. .Selepas makan kami pulang menaiki LRT Dan BAS pada pukul 5 setengah petang dan sampai ke Kuantan dalam pukul 9 malam lebih kurang. .

                               
                                  Kawan-kawan saya yang menemani saya ke Dataran Merdeka


                                                       
                                                         Kami berada di Pasar Seni



Bergambar di menara KLCC 


Style tak gambar ni.??.hehehe


 Pengalaman ini tidak akan saya lupakan kerana ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dan menyambut hari kebangsaan di sini ,dan perjalanan balik hari merupakan pengalaman yang sangat sukar dilupai kerana membuatkan kami keletihan  dah la keesokan hari nya ada dua subjek  yang melakukan test.Tapi itulah risiko yang kami ambil.Sekian dahulu cerita saya.Nantikan cerita-cerita lain pula ye. . hehe.bai.ASSALAMUALAIKUM. . .