Kerambit
Kerambit merupakan senjata kecil yang sangat merbahaya ,senjata ini sangat popular di
kawasan Nusantara khususnya pada zaman
dahulu.Kini senjata ini telah popular di
merata-rata tempat seperti eropah dan
lain lagi.Bahkan senjata ini sudah pon mendapat tempat di kalangan sebahagian tentera elit di
seluruh dunia sebagai senjata alternative selain senjata api.Secara fizikal nya
senjata ini ia berbentuk seperti kuku harimau,melengkung bukan lurus seperti
pisau combat yang lain.
Cara hendak menggunakan senjata ini mengikut penguruan
atau seni beladiri masing-masing sebagai contoh Seni Silat atau Kali di
Filipina banyak mengajarkan teknik berkerambit.Tetapi ada juga Persatuan Seni
Silat yang langsung tidak menggunakan atau mengajar teknik berkerambit.Bilah yang
kecil dan melengkung ini memudahkan seseorang untuk membawa senjata ini
kemana-mana tanpa disedari oleh pihak musuh,dengan ini akan membuatkan senjata
ini menjadi igauan musuh .Pada zaman dahulu senjata ini kebanyakkan nya di
selit di sanggul rambut wanita atau bengkung di pinggang oleh pesilat atau
tentera yang ingin berperang.
Mengikut penguruan yang saya pelajari.Bilah yang
agak melengkung itu memudahkan untuk pegendali kerambit untuk memotong
sendi-sendi yang ada pada musuh apabila sedang berkelahi,pinggang,leher,belakang
lutut,pelipat lengan akan selalu di target oleh pegendali kerambit kerana
tempat tersebut merupakan titik lemah manusia, dengan memotong,menghiris tempat
tersebut mampu melumpuhkan pergerakan pihak musuh .Pada senjata ini terdapat
lubang untuk dimasukkan jari ,dengan ini membuatkan senjata ini sukar untuk
dirampas dari tangan pegendali
kerambit.Selain itu,ada sesetengah Perguruan yang mengajar teknik
memusing-musingkan kerambit ,ianya memudahkan pengendali menggunakan
ketiga-tiga bahagian bilah yang ada pada senjata ini,seperti di bahagian
atas,bawah dan tengah .Tetapi perlu diingatkan,untuk megendalikan senjata ini
bukan mudah,mereka yang sudah dilatih sahaja mampu menggunakan senjata ini
dengan sebaiknya,jikalau tidak mahir dengan menggunakan senjata ini ,ianya
mampu mambaham diri sendiri apabila menggunakan senjata ini.Sekian dahulu
cerita tentang kerambit.Nantikan artikel2 senjata lain pula ye.Assalamualaikum.
. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan