Rabu, 21 September 2016

KERAMBIT/ KARAMBIT


  Kerambit

Kerambit merupakan senjata kecil yang sangat  merbahaya ,senjata ini sangat popular di kawasan  Nusantara khususnya pada zaman dahulu.Kini senjata ini telah popular di  merata-rata tempat seperti eropah dan  lain lagi.Bahkan  senjata  ini  sudah pon mendapat tempat  di kalangan sebahagian tentera elit di seluruh dunia sebagai senjata alternative selain senjata api.Secara fizikal nya senjata ini ia berbentuk seperti kuku harimau,melengkung bukan lurus seperti pisau combat yang lain.

Cara hendak menggunakan senjata ini mengikut penguruan atau seni beladiri masing-masing sebagai contoh Seni Silat atau Kali di Filipina banyak mengajarkan teknik berkerambit.Tetapi ada juga Persatuan Seni Silat yang langsung tidak menggunakan  atau mengajar teknik berkerambit.Bilah yang kecil dan melengkung ini memudahkan seseorang untuk membawa senjata ini kemana-mana tanpa disedari oleh pihak musuh,dengan ini akan membuatkan senjata ini menjadi igauan musuh .Pada zaman dahulu senjata ini kebanyakkan nya di selit di sanggul rambut wanita atau bengkung di pinggang oleh pesilat atau tentera yang ingin berperang.




Mengikut penguruan yang saya pelajari.Bilah yang agak melengkung itu memudahkan untuk pegendali kerambit untuk memotong sendi-sendi yang ada pada musuh apabila sedang berkelahi,pinggang,leher,belakang lutut,pelipat lengan akan selalu di target oleh pegendali kerambit kerana tempat tersebut merupakan titik lemah manusia, dengan memotong,menghiris tempat tersebut mampu melumpuhkan pergerakan pihak musuh .Pada senjata ini terdapat lubang untuk dimasukkan jari ,dengan ini membuatkan senjata ini sukar untuk dirampas dari tangan  pegendali kerambit.Selain itu,ada sesetengah Perguruan yang mengajar teknik memusing-musingkan kerambit ,ianya memudahkan pengendali menggunakan ketiga-tiga bahagian bilah yang ada pada senjata ini,seperti di bahagian atas,bawah dan tengah .Tetapi perlu diingatkan,untuk megendalikan senjata ini bukan mudah,mereka yang sudah dilatih sahaja mampu menggunakan senjata ini dengan sebaiknya,jikalau tidak mahir dengan menggunakan senjata ini ,ianya mampu mambaham diri sendiri apabila menggunakan senjata ini.Sekian dahulu cerita tentang kerambit.Nantikan artikel2 senjata lain pula ye.Assalamualaikum. . J



Jumaat, 2 September 2016

Dataran Merdeka

Assalamualaikum,hehe.Berjumpa lagi kita ye. .OK,artikel kali ini saya nak cerita pengalaman saya pergi sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka,ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini untuk merasai sendiri macam mana suasana dan perasaan apabila berada di sana.ALHAMDULILLAH,saya berjaya pergi ke sana menaiki bas dari Kuantan ke Kuala lumpur di temani oleh rakan-rakan saya iaitu Nazim,Mazlan,Eirzan,Azim yang memberi sokongan kepada saya untuk pergi bersama,saya amat berterima kasih kepada mereka kerana ingin menemani saya pergi ke Dataran Merdeka walaupon terpaksa berhabis duit untuk kesana. .OK.kami bertolak dari Kuantan menaiki bas pada pukul 1 pagi ,sampai ke TBS dalam pukul 4 setengah lebih kurang la,berehat di surau dan menunaikan solat subuh berjemaah,selepas itu kami perkemaskan diri dan makan .Tepat jam 7 setengah kami menaiki LRT untuk menuju ke Dataran Merdeka,sampai sahaja disana aura kemerdekaan itu sudah dapat dirasai,FUHH. .punya la ramai orang di sana,berasak-asak orang ramai untuk mendapatkan tempat yang selesa,ketika itu,hanya Tuhan sahaja lah yang tahu bertapa panas,rimas nya kerana terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan tempat yang selesa.Akhirnya kami dapat tempat yang selesa untuk melihat pancaragam,pertunjukkan dari POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM),dan perarakan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA yang mempamerkan kelengkapan aset tempur mereka.

                                               
                                               Berselfie dengan abang askar. .hehehe



Suasana di Dataran Merdeka


Perasaan ketika itu sangat mengujakan apabila laungan MERDEKA serta lagu NEGARAKU dimainkan.Meremang bulu roma ketika itu apabila orang ramai menyanyikan lagu NEGARAKU  dengan kuat dan bersemangat,serta laungan Merdeka .Dah macam berada pada tahun 57 pulak.hehe.Banyak perarakan kali ini turut serta  menjayakan sambutan kemerdekaan antaranya,Wira-wira olimpik Rio Negara kita pon ada,Boboiboy,pertunjukkan udara dari pesawat TUDM dan lain lagi.Banyak juga la gambar boleh diambil ketika saya berada di sana,Almaklum lah first time pergi Dataran Merdeka,haha. .

                                                                     
                                                                        Boboiboy







Perbarisan ketika di dataran


Atlet negara kita


Selepas habis pertunjukkan di Dataran Merdeka ,kami pergi melawat Pasar Seni yang berdekatan di dataran,yang mana suka pada barang-barang antik patut la pergi ke sini.Barang-barang lama,keris dan lain-lain.Selepas habis kami ronda pasar seni,kami pergi ke KLCC dan makan di situ,Saja pergi sini sebab nak ambil gambar,hehe.dah lama tak pergi ke sini last pergi pon masa rombongan sekolah je. .Selepas makan kami pulang menaiki LRT Dan BAS pada pukul 5 setengah petang dan sampai ke Kuantan dalam pukul 9 malam lebih kurang. .

                               
                                  Kawan-kawan saya yang menemani saya ke Dataran Merdeka


                                                       
                                                         Kami berada di Pasar Seni



Bergambar di menara KLCC 


Style tak gambar ni.??.hehehe


 Pengalaman ini tidak akan saya lupakan kerana ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dan menyambut hari kebangsaan di sini ,dan perjalanan balik hari merupakan pengalaman yang sangat sukar dilupai kerana membuatkan kami keletihan  dah la keesokan hari nya ada dua subjek  yang melakukan test.Tapi itulah risiko yang kami ambil.Sekian dahulu cerita saya.Nantikan cerita-cerita lain pula ye. . hehe.bai.ASSALAMUALAIKUM. . .

Jumaat, 26 Ogos 2016

PENGALAMAN RIDE KE KUANTAN

ASSALAMUALAIKUM Semua,Pertama sekali saya ni orang baru di dunia blogger,hehe.Baru berjinak-jinak main blog.Di sini saya ingin menceritakan pengalaman menarik yang saya lalui sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lipis ke Kuantan.Saya belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuantan,yang mengambil masa selama 3 tahun untuk saya menamatkan pengajian.Saya membawa motorsikal untuk memudahkan saya pergi ke kelas.Dengan motorsikal 135 LC ini lah yang saya bawa untuk balik ke kampung saya di kuala lipis atau balik ke Kuantan.

First,macam biasa lah.saya perlu melalui jalan ke bandar K.Lipis untuk menuju ke Jerantut,kemudian menempuh kampung Kerambit,Mela dan sebagainya.Kemudian sampai di Jerantut perlu melalui kampung Pulau Tawar yang merupakan kampung seorang tokoh pahlawan bagi negeri Pahang iaitu MAT KILAU.Di sini juga terdapat Galeri Mat Kilau dibina sebagai tarikan pelancong dan sebagai medium untuk menceritan kisah perjuangan pahlawan tersebut.Apabila sampai sahaja di kampung Pulau Tawar,satu perkara yang aneh dan mempersonakan saya ialah terdapat sebuah pulau di sungai kampung tersebut.Permandangan tersebut sungguh menarik perhatian saya lalu saya berfikir sejenak,indah sungguh kejadian Tuhan ini.Dimana ada sebuah pulau di kawasan air tawar,mungkin dengan perkara ini kampung tersebut mendapat nama.Tak pasti la tu,kena Tanya rakyat tempatan di sana la untuk kepastian.

Selepas melalui kampung Pulau Tawar,maka sampai la saya di simpang Jengka.Saya berehat sebentar di shell di kawasan tersebut sambil mengisi petrol pada motorsikal saya.Selepas itu saya meneruskan perjalanan melalui Maran,perjalanan hendak ke Maran sangat mencabar kerana saya terpaksa melalui jalan yang sempit,berliku-liku dan dikelilingi oleh hutan dan kawasan kelapa sawit,Apabila melalui kawasan ini,tidak pelik apabila semasa tengah menungang motorsikal tiba-tiba Biawak,Ular melintas  atau berada di tengah jalan.Pengalaman ini sungguh menakutkan saya,Mana tak nya.Tengah syok layan corner tiba-tiba ada binatang di jalan raya,dah la bintang tersebut merbahaya serta mengelikan pulak tu,selepas melalui kawasan tersebut,saya berhenti sebentar di Kuala Sentul untuk menunggu seorang kawan saya yang menetap di Jengka 3.Kami akan sentiasa balik bersama ke Kuantan lagipon searah perjalanan kami nak ke Kuantan.Nama nya Rizwan sama kelas dengan ku.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Maran dan berehat sebentar di SHELL Maran,tempat famous ni,hehehe.Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Gambang.Di sini kami di uji dengan keadaan cuaca yang tidak digemari oleh penungang motorsikal iaitu hujan lebat.Semasa melalui Gambang,kami terpaksa mengharung hujan yang lebat semasa menungang motorsikal,hujan terlampau lebat membuatkan saya agak samar-samar dengan keadaan jalan di hadapan,saya dan rizwan menungang dalam keadaan perlahan kerana ingin mengelakkan perkara buruk berlaku.Kami tidak berhenti di mana-mana tempat berteduh ,lagipon kami sudah basah kuyup,takperlu nak berlindung kot.hehehe.Perasaan gembira apabila sampai sahaja di sempadan Kuatan hujan sudah pon reda,kami boleh menungang dengan kelajuan yang ideal semula.Semasa dalam perjalanan ke Kuantan tiba-tiba bearing motorsikal kawan saya pecah,dengan ini perjalanan kami terhenti seketika dan kami perlu mencari bengkel motorsikal yang berdekatan,dengan menungang secara perlahan kami berhenti di salah satu bengkel berdekatan .Selepas membaiki kerosakan tersebut kami meneruskan perjalanan dan akhirnya kami sampai ke rumah sewa saya.Perjalanan ketika itu mengambil masa dalam 6 jam perjalanan,kebiasaan nya mengambil masa dalam 4 jam sahaja.Ini lah kisah pengalaman yang bercampur dari ku,gembira,takut, dan macam-macam lagilah.Setakat ini sahaja cerita yang saya konsikan.Nantikan post-post terbaru saya ye. J PEACE. .