Khamis, 19 Januari 2017


DUA6022    KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
(PERANAN GRADUASI TENTANG PERAYAAN DI MALAYSIA)

PENSYARAH
                          PUAN NORAINI BINTI NAWAWI


PELAJAR
 MOHAMAD RIZWAN BIN MOHAMAD YUSOF
(02DLS14F2007)

   MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD AZMI
(02DLS14F2032)

   MUHAMMAD NOOR ARIF BIN MD YUSOF
(02DLS14F2046)

MOHAMAD FARIZUL AMIR BIN SULAIMAN   (02DLS14F2076)




ISI KANDUNGAN
Bil
Isi kandungan
Muka surat
1
Pengenalan
1-3
2
Isi
         4-7
3
kesimpulan
          8
4
Lampiran
         9-10
5
Rujukan
         11



 PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu,rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza kebudayaan adalah himpunan kekayaan  jasmani dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Seterusnya, dengan  adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-samaoleh semua pihak melalui  kepelbagaian  perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakukan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan  keharmonian tersubur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkanNegara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggidengan negara-negaramaju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.




Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.


HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi menyambut kedatangan para tetamu dan sanak saudara, dan terdapat pelbagai juadah-juadah yang di sediakan untuk para tertamu.



TAHUN BARU CINA

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.



DEEPAVALI

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. 

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.





ISI

Sesunguhnya mahasiswa merupakan generasi yang akan menyambung tali kepimpinan negara pada masa akan datang dan mahasiawa juga adalah perjuang untuk maruah bangsa dan agama bagi negara Malaysia. Kejatuhan sesebuah negara pada masa akan datang bukan dilihat atau dinilai pada kempimpinan yang sebelum-nya tetapi kejatuhan negara pada masa akan datang diukur oleh tahap pembawakan kempimpinan pada masa tersebut oleh itu perlapis bagi permimpin-permimpin negara untuk masa akan datang boleh dilihat dan diukur melalui tahap permikiran dan pembawakan mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa kini.
 SO...!!!!  mahasiswa perlu bangkit dan mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara berfikir untuk mengatasi pelbagai masalahat dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pada masa kini iaitu kemerosotan minat pelajar untuk belajar, kemerosotan akhlak, dan masalah yang sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa seharus-nya menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang baik tidak kira situasi,tempat dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat menmcerminkan dan dapat mengangkat martabat dan maruah bangsa. Sesunguhnya nilai pernerapan oleh mahasiswa bagi menghormati antara etnik yang ada di malaysia juga dapat menunjugkan nilai kematangan pemikiran dan semangat perpaduan yang ada dalam diri setiap mahasiswa itu sendiri.

1.      Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain

mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlu-lah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu,cina,india,kahdazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat menglahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di-malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi MALAYSIA ini.

2.      Graduan mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai

Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahan-nya, graduan mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata perpatah masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek. Jelaslah asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja atau lebih tepat lagi mahasiswa di negara Malaysia ini.



3.      Graduan hendak-lah mengelakkan diri daripada sifat mementingkan dan sikap etnosentrisme

Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompak etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubugan dengan kaum lain di negara ini. Graduan perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas kearah pembentukan sebuah negara progresif. Graduan perlu menrima segala perbezaan yang wujud antara kaum dinegara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, graduan tidak harus menyentuh isu sensitif seperti hak istemewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak , disitu langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap graduan, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

4.      Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara

Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan . Sebagai contoh. Tragedi 13 mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum . Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama . Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius . Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia . Jadi, gradua mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpadua yang jitu.



5.      Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.

Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah faham dan isu perkauman. Kita perlu tahu kenapa dan apa yang berlaku dalam perayaan mereka supaya tidak berlaku salah anggap. Dalam islam juga dituntut untuk tidak memandang rendah golongan yang lain.





6.      Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum

Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan  perpaduan dalam sesebuah masyarakat . Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat . Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang . selain itu , graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat . Akhir sekali , graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka . Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama , kaum , dan masyarakat.



Hukum menyambut perayaan agama lain menurut islam

Ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.





KESIMPULAN

Dengan ini , Malaysia juga banyak perayaan yang ada di bumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi.Semua sambutan menandakan semeraknya nilai kemaufakatan,perpaduan dan keharmonian. Perang di alam maya sewaktu perayaan sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum. Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan.Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.


LAMPIRAN









RUJUKAN
·        Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford fajar sdn.bhd




1 ulasan: