DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
(PERANAN GRADUASI TENTANG PERAYAAN DI MALAYSIA)
PENSYARAH
PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
PELAJAR
MOHAMAD
RIZWAN BIN MOHAMAD YUSOF
(02DLS14F2007)
MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD AZMI
(02DLS14F2032)
MUHAMMAD
NOOR ARIF BIN MD YUSOF
(02DLS14F2046)
MOHAMAD FARIZUL AMIR BIN SULAIMAN (02DLS14F2076)
ISI KANDUNGAN
Bil
|
Isi kandungan
|
Muka surat
|
1
|
Pengenalan
|
1-3
|
2
|
Isi
|
4-7
|
3
|
kesimpulan
|
8
|
4
|
Lampiran
|
9-10
|
5
|
Rujukan
|
11
|
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum.
Oleh sebab itu,rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup
yang berbeza kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmani dan rohaniah
yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan
beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Seterusnya,
dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu
usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-samaoleh semua pihak
melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana,
sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakukan bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian tersubur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat.Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang
sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan
lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang
istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan
sebagainya. Perkembangan negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh
membolehkanNegara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggidengan
negara-negaramaju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah
negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia bagi
mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial
budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat
dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza.
Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di
Malaysia.
Di
negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang
tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya
ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.
HARI
RAYA AIDILFITRI
Hari Raya merupakan
perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya
Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan
Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih
pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana
Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi menyambut kedatangan para tetamu
dan sanak saudara, dan terdapat pelbagai juadah-juadah yang di sediakan untuk
para tertamu.
TAHUN
BARU CINA
Perayaan
ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya
ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada
malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara
dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan
yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan
sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang
perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang
Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan
kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
DEEPAVALI
Perayaan
ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama
'Aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan
pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.
Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
ISI
Sesunguhnya mahasiswa merupakan generasi
yang akan menyambung tali kepimpinan negara pada masa akan datang dan mahasiawa
juga adalah perjuang untuk maruah bangsa dan agama bagi negara Malaysia.
Kejatuhan sesebuah negara pada masa akan datang bukan dilihat atau dinilai pada
kempimpinan yang sebelum-nya tetapi kejatuhan negara pada masa akan datang
diukur oleh tahap pembawakan kempimpinan pada masa tersebut oleh itu perlapis
bagi permimpin-permimpin negara untuk masa akan datang boleh dilihat dan diukur
melalui tahap permikiran dan pembawakan mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa
kini.
SO...!!!! mahasiswa perlu bangkit dan
mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara berfikir untuk mengatasi pelbagai
masalahat dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar pada masa kini iaitu kemerosotan minat pelajar untuk belajar,
kemerosotan akhlak, dan masalah yang sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri.
Mahasiswa seharus-nya menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang
baik tidak kira situasi,tempat dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat
menmcerminkan dan dapat mengangkat martabat dan maruah bangsa. Sesunguhnya
nilai pernerapan oleh mahasiswa bagi menghormati antara etnik yang ada di
malaysia juga dapat menunjugkan nilai kematangan pemikiran dan semangat
perpaduan yang ada dalam diri setiap mahasiswa itu sendiri.
1. Graduan
hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain
mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat
negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan.
Sifat dan sikap hormat menghormati perlu-lah dipupuk dan disemai di dalam diri
setiap mahasiswa tidak kira melayu,cina,india,kahdazan, atau lain-lain kerana
dengan sifat dan sikap ini kita dapat menglahirkan semangat perpaduan kaum
antara setiap etnik yang ada di-malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan
lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan
dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana
hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat
negara atau bumi MALAYSIA ini.
2. Graduan
mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai
Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan
pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahan-nya, graduan
mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka
dengan hati yang ikhlas, bak kata perpatah masuk kandang kerbau menguak, masuk
kandang kambing mengembek. Jelaslah asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat
perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja atau lebih tepat lagi mahasiswa di
negara Malaysia ini.
3. Graduan
hendak-lah mengelakkan diri daripada sifat mementingkan dan sikap etnosentrisme
Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan
kelompak etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubugan dengan kaum
lain di negara ini. Graduan perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia
yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas kearah pembentukan sebuah negara
progresif. Graduan perlu menrima segala perbezaan yang wujud antara kaum
dinegara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, graduan tidak harus menyentuh
isu sensitif seperti hak istemewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam
perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak , disitu
langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap graduan,
nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat
perpaduan yang rapuh.
4. Graduan
mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara
Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku
dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat
hindarkan . Sebagai contoh. Tragedi 13 mei 1969 merupakan satu detik hitam
dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum . Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang
melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama . Oleh itu graduan hari ini
mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius . Dengan
mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka
mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional, dan
berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia
. Jadi, gradua mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin
semangat perpadua yang jitu.
5. Graduan
perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di
Malaysia ini.
Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan
perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau
perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi
dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara
yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang
mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara
seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu
kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut
memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa
perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi
dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah
faham dan isu perkauman. Kita perlu tahu kenapa dan apa yang berlaku dalam perayaan
mereka supaya tidak berlaku salah anggap. Dalam islam juga dituntut untuk tidak
memandang rendah golongan yang lain.
6. Graduan
haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum
Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang
graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak
hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum
untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat . Graduan mestilah
menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian
dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk
merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu
sendiri dalam masyarakat . Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi
cermin ke arah masyarakat yang terbilang . selain itu , graduan haruslah
bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan
juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat . Akhir sekali , graduan yang
bijak ialah graduan yang bersifat terbuka . Jangan lah kita sebagai graduan
digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang
profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama , kaum , dan
masyarakat.
Hukum menyambut perayaan agama lain
menurut islam
Ucapan selamat yang diberikan oleh
umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan adalah
diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan
syirik atau kufur.
KESIMPULAN
Dengan ini , Malaysia juga banyak
perayaan yang ada di bumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi.Semua sambutan menandakan
semeraknya nilai kemaufakatan,perpaduan dan keharmonian. Perang
di alam maya sewaktu perayaan sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah
lama berkecimpung dalam politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan
ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba
mengambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam
kalangan masyarakat secara umum. Perayaan adalah salah
satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama
manusia untuk dijadikan landasan perpaduan.Kewajaran menjadikan perayaan sebagai
alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi
sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini
tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati
nilai-nilai perkongsian bersama.
LAMPIRAN
RUJUKAN
·
Buku
Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford fajar
sdn.bhd
Hi terima kasih info yang boleh dijadikan panduan
BalasPadam